Tips menyemarakkan cinta :D

Assalammua'laikum w.b.t blogger :)

Okay hari niy eyqa nak kongsi siket tips untuk mnyemarakkan cinte antara psangan kekasih .. *ayat skema jee Act mase blogwalking tadi terperasan pulak tips niy so eyqa nak kongsi siket dngan readers eyqa *cehh ade ke yang nak bace ? hehe . Here the tips okay .


1. Tunjukan minat kalian terhadap perkara-perkara yang dilakukannya tanda sokongan (walaupun kamu sendiri berasa bosan dengan apa yang dilakukannya).

2. Jangan saling berbohong ataupun menyimpan rahsia yang berkaitan dengan si dia. Kejujuran penting dalam sesebuah perhubungan.

3. Lakukan perkara yang berbeza setiap kali keluar bersama bagi membangkitkan kelainan dalam perhubungan, apapun perlulah sehati sejiwa.

4. Hindari dari melontarkan kata-kata yang menyakitkan hati si dia .

5. Ingatkan kelebihan si dia yang membuatkan kamu jatuh cinta terhadapnya.

6. Luangkan banyak masa untuk bersama si dia agar rasa cinta ini lebih dihargai.

7. Jangan memperbesarkan masalah ataupun memanjangkan pertengkaran kerana ia boleh menggugat perhubungan.

8. Jangan cuba untuk mengongkong atau pun menyimpan perasaan cemburu yang membukit kerana ia akan membuatkan hati si dia sakit.

9. Jangan berpura-pura tidak mempercayainya atau pun menguji setebal mana cinta si dia terhadap kamu.
10. Jangan membanding si dia dengan jejaka/gadis lain terutamanya bekas kekasih kamu.


www.tips-fb.com
korang taksuke ? maaf tiade butang unlike if suke like je :))

CONTEST BEST HEADER EVER!!!

Assalammua'laikum w.b.t blogger ...

Okay hari niyy eyqa baru jee join satu contest niyy ... Maklumlahh baru jee buat header tu sendiri,, harap-harap boleh lah menang contest niyy *HEHE berangan lebeh ! CLICK SINI untuk pengetahuan lanjut !

Niyy header penganjur Contest ..



Okayy yang niyy pula header yang eyqa pertandingkan ....






syarat2nya:

1.Buat entry yang bertajuk: BEST HEADER EVER!!!
2. Letak banner contest ni kat entry anda dan digalakkan untuk letak banner contest kat
sidebar korang
3. Paling penting..letak banner blog anda kat entry tu..(di bawah banner blog ni)
4. Kemudian.. untuk sentiasa update gan perkembangan contest ni..digalakkan follow blog ni=D
5. Tu jer .. Tinggalkan link di ruangan entri ini ..

contest ini akan ditutup pada 1 JULAI 2011.Lagi bape hari lagi jee niyy, so cepat-2 lahh yee ?hehehe...
www.tips-fb.com
korang taksuke ? maaf tiade butang unlike if suke like je :))

tips melupakan masa silam

assalammua'laikum w.b.t blogger :)

okayy hari niyy eyqa nak kongsi siket dengan korang mcam mane nak melupakan sesuatu perkara masa silam atau masa lalu kita yang kita sendiri taknak ingatkan lagi seperti perkara yang boleh membuat kan kita saket hati/sedih/marah atau what so ever .... perkare biase lahh tu semua kan dlam sesebuah kehidupan seseorang .... okay eyqa taknak cerite bnyak-2 now here the tips ....

1. Melupakan masa lalu hitam pasangan sekiranya ada.
Mungkin sebelum bertemu dengan kekasih sejati anda mengalami beberapa hal yang menyakitkan. Menurut pengarang buku ‘ Divorce Busting’ Michele Weiner-Davis, nasihat terburuk bagi pasangan yang baru berkahwin adalah terbuka terhadap semua hal yang terjadi di masa lalu mereka.
Beberapa hal mungkin lebih baik untuk di rahsiakan saja dan tidak usah diceritakan. Namun jika anda merupakan mangsa kekerasan fizikal, seksual atau emosi dimasa lalu, anda harus memberitahu pasangan dengan harapan dia dapat membantu anda mengatasi semua kekecewaan tersebut.
2. Hapuskan masalah masa lalu yang menghalang hubungan anda berdua.
Jujurlah dengan pasangan mengenai masa lalu baik dari segi sikap, bekas teman lelaki atau wanita, ataupun hal lainnya. Tetapi yakinkanlah pasangan anda bahwa ia juga harus menerima segala kesalahan yang telah anda buat pada masa lalu dan melupakannya.
Jika anda secara tak sengaja mengatakan betapa hebatnya bekas teman lelaki atau wanita anda, segera menutupinya dengan mengatakan bahwa dia lebih hebat dari bekas teman lelaki atau wanita yang lalu kerana itulah anda memilihnya untuk menjadi pasangan seumur hidup.
3. Masa lalu adalah pelajaran untuk masa kini.
Jika anda sudah terbawa emosi dalam mengutarakan masa lalu, mungkin saja anda akan membandingkan keadaan sekarang dengan masa lalu yang lebih baik dari keadaan sekarang.
Jadi bila anda menceritakan perihal masa lalu, lebih baik pertimbangkan dulu apakah mengetahui hal tersebut akan membuatkan hubungan lebih baik atau sebaliknya.
4. Bersyukurlah atas kehidupan anda masa kini.
Beberapa orang sering merasa tidak bersyukur atau kurang bersyukur atas keadaan waktu ini. Orang kadangkala lebih suka menceritakan keadaan yang buruk dimasa lalu bersama bekas teman lelaki atau wanitanya daripada menceritakan betapa bahagianya hidupnya saat ini.
Jadi fokuslah pada keadaan waktu ini sehingga anda dapat melihat semua kelebihan pasangan anda sekarang dan betapa beruntungnya anda dapat memiliki pasangan anda yang mendampingi anda saat ini.
Jika menceritakan masa lalu akan dapat meningkatkan kualiti cinta anda berdua, ceritakanlah. Tetapi jika sebaliknya lebih baik jangan ceritakan kepada pasangan anda. Biarlah masa lalu anda menjadi rahsia anda sahaja. Dan binalah hubungan yang berkekalan dengan pasangan anda sekarang yang telah menjadi penghuni hati anda.

Credit By : ! OH NEW BEB !
www.tips-fb.com
korang taksuke ? maaf tiade butang unlike if suke like je :))