Saja-Saja ♥

Assalammua'laikum w.b.t blogger :)

Aacchuummmm ! Mak aih bnyak nye habuk dekat blog eyka niyy.. Lama gila eyka tak update blog eyka niyy rasanya,, almaklum lah bulan puasa niyy eyka bnyak gila kerja yang nak dibuat.. (bnyak sngat ke? hehe)

Act, eyka tngah berada dlam mood raya niyy... Hehe, puasa pun takpenuh beria-ria sngat nak beraya eyka niyy kan? (pukul sikit budak niyy) Raya tahun niyy eyka ada kasih syang yg baruu.. Korang ada? Takda kan, hahaah.. Tu punn nak heboh kan,alah nak jadi budak-budak jup takda slah kan,heheh.. Takda lahh baru sngat, dah 1bulan 11hari pun hubungan eyka dngan capital S tuu..

Rasanya tuu jee kod untuk post kali niy.. Sebab bosan taktahu nak buat apa, maka terhasil lah post yang agak gedik niyy.. Hehehe :D Kay bubyee
www.tips-fb.com
korang taksuke ? maaf tiade butang unlike if suke like je :))

HappyBirthday ♥


Asslammua'laikum w.b.t blogger :)



Alhamdulillah dalam bulan yang mulia dan hari yang mulia niyy genap lahh 16 tahun eyka hidup atas bumi yang indah ciptaan Allah s.w.t niyy.. Eyka berharap dapat lah jadi lebih matured dari sebelum niyy baik dari segi apa sekali punn.. Pengalaman lepas dah banyak mengajar dan membantu eyka dalam membuat apa sahaja keputusan.. Dikesempatan ini eyka nak mengucapkan berbanyak/ribuan/jutaan Terima Kasih kepada family eyka sendiri kerana menyokong eyka dari belakang.. Tidak lupa juga pada kawan-kawan kerana same-same bagi semangat dekat eyka..
www.tips-fb.com
korang taksuke ? maaf tiade butang unlike if suke like je :))

Boleh ke macam tu ?

Assalammua'laikum w.b.t blogger :)

Alhamdulillah setakat niyy eyka dapat berpuasa penuh selama dua hari niyy.. (hehehe) Okay eyka nak tanya dekat blogger islam yang lain niyy.. Masa eyka pergi bazar ramadhan tadi eyka ade ternampak pasangan couple niyy pergi bazar berpimpin tangan mase berjalan dekat bazar tu,, apa hukum die ehh sebagai umat islam yang berpuasa buat macam tu..?

Eyka nak tegur tadi rasa takut,, bila tak tegur rasa macam bersubahat pula.. Jadi apa perlu eyka buat kalau eyka ada ternampak lagi pasangan couple yag macam niyy ?:face23:
www.tips-fb.com
korang taksuke ? maaf tiade butang unlike if suke like je :))

Kenapa kita diuji

Assalammua'laikum w.b.t blogger :)

Sesungguhnya Allah s.w.t itu sngat menyayangi hamba-hambanya dan kerana itu juga Allah s.w.t memberi kita ujian didunia supaya kita akan menjadi lebih tabah dalam apa jua dugaan... Didalam al-Quran juga ada diselitkan dengan motivasi supaya hamba-hambanya tabah menghadapi segala dugaan sebelum kita menuju ke perhentian abadi... Ini diantara kenapa kita diuji :)

KENAPA AKU DIUJI?

“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan;”Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang yang dusta.”

-Surah Al-Ankabut ayat 2-3


KENAPA AKU TIDAK DAPAT APA YANG DIIDAM-IDAMKAN?

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.”

-Surah Al-Baqarah ayat 216


KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.”

-Surah Al-Baqarah ayat 286


RASA KECEWA?

“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati,padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman.”

-Surah Al-Imran ayat 139


BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

“Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).”

-Surah Al-Imran ayat 200

“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk”

-Surah Al-Baqarah ayat 45


APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI?

“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang mu’min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka…

-Surah At-Taubah ayat 111


KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

“Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari-Nya. Hanya kepada-Nya aku bertawakkal.”

-Surah At-Taubah ayat 129


AKU SUDAH TIDAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!!!!

“dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir.”

-Surah Yusuf ayat 12



www.tips-fb.com
korang taksuke ? maaf tiade butang unlike if suke like je :))